10 Tips Bercuti ke Boracay


Hello semua.

Boracay sememangnya sebuah pulau yang sangat indah. In fact, setakat ni Boracay berada dalam kedudukan teratas carta pulau-pulau gojes si Nanatron pernah pergi.
Sebab? Pasir yang halus memutih dan warna laut tu buat aku gewammm!~

Aku tahu ramai yang idam nak pergi sini kan? Meh kita bagi sikit travel tips sebelum korang pack spek itam dan sunblock ke Boracay.

10 Tips Bercuti ke Boracay
1. Bulan yang sesuai travel ke Boracay ialah dari November ke April sebab cuaca sangat cun dan laut pun tenang dan sangat sesuai mandi-manda. Seriously laut nya tenang gile takda waves pun time aku pegi bulan November dan pantainya landai dan cetek...sangat safe lah pendek katanya !



2. Check cuaca sebelum pergi !
Sebabnya Filipina ni rajin gak kene taufan badai segala jadi pastikan check cuaca dan pergerakan taufan mereka.

Boleh check pergerakan taufan di sini : www.boracayweatherstation.com

Kelihatan banyak pusaran awan nano hinggakan aku tak nampak Boracay. Ni maknanya elakkan travel time-time cenni ye.

Kalau nak tengok Boracay secara live pun boleh !
Boracay live cam : http://boracaylive.com/boracay-beach-live-camera/
Kalau sangap kat opis, tengok la Boracay live cam ni tentu segar mata dan makin sexcited nak ke sana ! Kadang-kadang boleh datang depressed gak bila tengok laut walhal dirantai digelangi cubicle opis  =='


3. Journey ke sana memang makan satu hari suntuk. Kalau time dulu belom ada lagi route terus ke Kalibo lah. Aku kena turun kat Clark, then amik connecting flight ke Kalibo. Now dah ada direct pegi Kalibo kan? Tapi aku tengok timing dia sampai sana pun petang. Then dari Kalibo nak ke Caticlan kena naik bas selama 1 jam setengah lebih kurang. Dari Caticlan jetty kena naik bangka boat atau ferry ke Boracay tapi hanya makan masa dalam 15-20 minit je. Boracay cepat gelap dari Malaysia pulak tu. Which brings me to the fourth point....


4. Waktu sunset di Boracay sekitar pukul 5.30 petang
Pemburu sunset, sila posisikan diri anda di tempat strategik menjelang pukul 5 !


5. Makanan halal --- kalau particular sangat, bawak makanan sendiri sebab situ takda istilah makanan halal yang sebenar-benarnya. Ada satu kedai muslim kat D'Talipapa, kedai souvenir number 74. Tapi aku tak lalu! Ikan-ikanan, udangan dan sotongan ialah kawan baik aku sepanjang di Boracay :D


6. Shopping di D'Talipapa sangat murah dari D'Mall. Bargain kaw-kaw oke !


7. Bawa duit USD as back up untuk tukar matawang sebab duit RM susah nak cari dan mahal.
Kami round-round sekitar D'Mall, terjumpa kedai ni je yang ada tukaran RM


8. Malam hari janganlah terperuk je kat dalam bilik.
Keluar ! Boracay sangat happening waktu malam. *hambat dengan penyapu



9. Korang kena try any of those water activities yang ada kat Boracay.
Pilihan aku ---- Parasailing, Sunset cruise on bangka boat, atau Helmet Diving !
Tapi kami mampu berparasailing je waktu tu  T T



10. Wajib try shopping seafood kat D'Talipapa market, pastu suruh kedai makan berdekatan masakkan untuk korang. Kalau tanak makan pun, berbaloi je pergi jengok seafood market tu sebab banyak betul pilihan udangan, lelobster, kekepah, kekerang yang segar bugar...kecurrr air liur weh..


Extraaaa tips  --- Boracay ada fruit shakes yang sedap-sedap ! Balik mesia pun masih akan teringat-ingat shakes dia. Cubalah try tau ~ kat Jonah's Fruit Shake, White Beach.


Siapa mahu Itinerary & Cost Boracay boleh email ke nanatron14@gmail.com


Harap 10 tips di atas dapat membantu korang merancang percutian ke Boracay.
Mabuhay !

xoxo

 Nak baca entri tentang Boracay lagi? Klik sini.

Senang je booking hotel online dari Agoda. Sungguh ! Tengok kat bawah ni haa...