NANATRON GOES KUWAIT: Jemputan Kedutaan Malaysia


Alhamdulillah kami berjaya memenuhi undangan jemputan ke kedutaan berikutan salah seorang grup member selalu berutus email dengan kedutaan menyatakan kedatangan kami dan sesambil bertanya informasi pasal Kuwait. Terus pulak dapat undangan ke sana. Hehe..


Rasa nervous macam nak gi bersidang lak dah la gua pakai rock je. Anyhoo i think they also understandlah sebab dia aware kita ni traveller for leisure je...takde makna nak bawak heels bagai. Hiks

Haji A hantar kami ke sini dan dah janji dijemput one hour later.



Seumur hidup tak penah jejak kedutaan mana-mana pun. This is my 1st! 



Dimulai dengan memperkenalkan diri masing-masing dan bercerita pengalaman backpacking. Salah satu nasihat dari kedutaan ialah ---- study the country you are going dan always inform embassy akan info you before going. Info macam nama, passport no, dan where you will be staying and how to contact. Ni untuk menyenangkan mereka locate you in case of emergency. You could do it just by emailing je.

Travel insurance pun sangat penting dan ni antara benda yang orang kita selalu alpa. Trip Kuwait ni aku amik AXA insurance just RM50 je.

Cara untuk subscribe insurance AXA ni pun tak renyah. Boleh dibuat secara online je tau.




Banyak benda menarik pasal Kuwait dan ketahuilah rakyat Kuwaiti ni kaya raya dan sangat pampered oleh kerajaan. Mereka ni kaya sangat dan tak memerlukan orang luar datang berbondong-bondong ke negara mereka. Sebab? Ntah. Nak kaya sendiri-sendiri kot.

Orang Kuwait ni kalau sakit, depa tak heran rawatan dalam negara. They can request to go any hospital in the world dan kerajaan tanggung bereh. Kemudahan hospital awam & pengangkutan awam dorang tak peduli nak upgrade sebab yang banyak guna nanti pun orang luar (pinoy, india, egypt, bangla etc). Kang upgrade meletup-letup kebanjiran pendatang asing dan membawa masalah lain pula kan. Skang ni pun asik kena cekik darah je kalau berurusniaga dengan orang Egypt, depa tekan harga kaw-kaw.

Oh ya sempat aku tanya nape takde hostel atau hotel murah jenis backpacker. Jawapannya, again...depa taknak orang luar kuar masuk negara dia. Skang ni pun population Kuwait terdiri daripada 1.2 million Kuwaiti manakala 2.8 million ialah expat. In a nutshell, depa tak suka orang luar masuk ramai sangat, just nice untuk cater service industry je. Kuwait mengambil pendirian untuk low-profile sesejak penemuan minyak pada tahun 1938 supaya negara-negara jiran tak chemburit. Kejadian Iraq invasion pada tahun 1990 menjadikan mereka lebih berhati-hati.


Not so good news, dengarnya VOA fees akan naik ke 90 KD (max) berbanding skang 3 KD and most prolly implement tahun depan. Bayangkan mendadak naiknya!
Huhu kalo ada lagi tix RM60, takkan dah lagi mampu nak gi sebab voa mahal nak mampos.



Sambil bersidang dan berbual tu ada lah jamuan ringan sikit. Menghijau ruang dalam opis kedutaan...




Bergambar kenangan dengan Tuan duta dan staff


Namaku terpahat di buku pelawat kedutaan. hiks


-bersambung