NANATRON GOES KUWAIT: Bertemu Host Couchsurf



Okay. Harap maaf siaran tergendala sebentar gegara Komodo gigit kabel internet. Mari sambung sebelum amnesia melanda diri !

Sampainya kami kat Kuwait International Airport pukul 3 pagi. Muka segar bugar eksaited giler weh. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ---- apply visa on arrival?

No...no...no! *hala kamere kat lobang idong

Kita snap snap snap ganba sampai lebam! yeahh~

Selepas acara berganba barulah kita apply visa. Lets!

Agak senang procedurenya. Memula pegi ke kaunter VOA (Visa On Arrival) pahtu amik la number.


Sementara tunggu giliran tu, sila buat salinan pasport kat mesin fotokopi. Buat sendiri yeh! Ni suma free of charge. Buat lah berapa banyak pun salinannya.


Then pegi ke mesin stamp dan beli stamp berharga KWD 3. Mesin ni tak pulang belen so pastikan masukkan duit yang secukupnya sahaja. 



Sediakan pasport, isi form putih dan stamp KWD3 sebelum ke kaunter. Bila number naik, sila lah ke kaunter dan visa akan diproses. 


Berikut ialah senarai negara yang layak dapat VOA



Perkara kedua terpenting lepas dapat VOA ialah....beli SIMKAD! 


Nama provider ialah OOREDOO dan hanya 5KD korang dapat apa yang tertera kat risalah tu, paling pentingnya internet 4GB hoccay! Puaslah menghapdet diri di segala platform media sosial. Tapi hadap FB je aku pun. Lain-lain macam malas hihi.


Okay. Nak cite skit preparation sebelum trip ni.

Kalau korang follower BBM, mesti tahu isu panas pasal someone "aku-xcukupduit-lepak-residence-embassy-kuwait " tu kuar kat grup tu tak lama dahulu. Sebelum isu tu keluar, aku memang ada email embassy utk trip aku ni..just asking & trying my luck (bajet ingat ada macam Malaysian Hall ahaha tak salah bertanya kan?) 

Okayla depa bagi recommendation hotel walopon mengalir airmata maria melihatkan harganya. Sumpah mahal nak mampos hotel-hotel Kuwait nih ! Dan aku googled, Kuwait ni takda jenis hotel bajet mahupun backpacker. Dulu ada sebuah youth hostel yang murah tapi sekarang tak tahu lah wujud lagi ke tak. Aku baca lagi, Kuwait dah menghentikan segala lesen hotel sejenis murahan ni. 
Kenapaaaaaaa *meratib di bucu CPU




Time tu dah rasa pasrah lah pasal hotel kompem kena ratusan walaupun share bilik dengan 3 orang perempuan (termasuk aku). Dari segi bajet, aku hanya bawak 60KD sajork tukar kat Midvalley. Yakni empat helai duit kertas Kuwait ye. Konfiden je aku begitu sebab aku buat research, belanja terbesar pun mungkin hanya penginapan.

Dari segi makanan rata-rata boleh dapat murah dalam 1-2KD. Fillafel pun dalam 100 Fills.
Cara lain -- makan bak Kylie Jenner sebelum fotoshoot tepi perigi :  kudap roti dan ayaq kosong lor. Mampu kau fewling Kylie Jenner tapi bermuka Jenah? Hiks

Bila tukar RM ke KWD, time tu tukaran ialah 1KD bersamaan dengan RM15. So tak terniat dan tergamak nak selit acara shopping hatta sebijik FM pun. Huhu. Bab transport memasing time tu bersetuju naik bas saje walaupun menurut pakcik gugel ianya tak reliable dari segi timing, takpe lah. Travel lah cara miskin dan bersabarlah menunggu bas. 60KD yang aku bawak tu semata untuk survive basic je.

Beberapa hari sebelum trip, salah sorang ahlil jemaah memberi perkhabaran gembira. Ada sorang host dari Couchsurf yang sudi terima kiteorang berempat untuk stay rumah dia. Dan lagi perkhabaran gembira, ada friend of friend yang bekerja di Kuwait juga sudi terima tiga orang lelaki ahlil jemaah stay rumah dia. Alhamdulillah sesangat sebab bab penginapan tu dah kira setel, some more free of charge walhal pada mula benda ni la penyumbang kos terbesar !

So kiranya pada hari kami sampai Kuwait tu, host Couchsurf dan Malaysian yang keje di Kuwait tu dah menunggu ketibaan kami.

Host Couchsurf tu bila berjumpa dengan Malaysian yang keje di Kuwait tu rupa-rupanya saling mengenali sebab Malaysian tu guru kepada anak buah dia. Hehe sungguh kecik Kuwait neh...

So pagi tu kami berpisah. Aku, zali, akak & noorina ikut host CS while hafiz, syamsul & wafi ikut Malaysian tu. Later on kami set bila dan mana akan berjumpa kelak.

Host CS ni agak muda orangnya, biarlah aku address dia sebagai HN sajork. hihi. Nape misteri sangat nih? Bukan apa, aku kena respek permintaan orang jadi aku taknak dedah nama kat sini.

Sebenarnya dalam pale hotak kiteorang ni macam-macam persoalan berlegar. Kalau seorang host tu mampu terima 4 orang guest, kami agak maybe lah rumah dia besar (read: sejenis mewah hihi). Tapi teoriku tak dapat nak disokong bila tengok dia pakai keta Honda Accord Coupe. Berimpit-impit kiteorang dalam kete tu. Sepanjang perjalanan ke rumah dia, hari masih gelap so tak dapat nak tengok sekeliling sangat lah. Sesampai je kiteorang kat kawasan perumahan dia, baru lah macam...wow~  *muka jakun

Kami disambut oleh ibu HN yang memang menunggu sejak jam 3 pagi lagi. Aduh rasa bersalah pula bila tahu dia telah menunggu lama dan mengenangkan kami ambil masa lama buat VOA dan membeli simkad bagai. Dia kata takpa, dia memang biasa berjaga malam sebab dia suka tidur lepas Tahajud dan Subuh *pitam mak

Ibu HN, aku address as Hajah A, tunjukkan bilik tidur kami dan bertanyakan pukul berapa kami nak bangun sebab dia nak sediakan breakfast. Pitam lah kiteorang lagi sekali sebab sungguh takmo menyusahkan tuan rumah. Kami dengan penuh hemah tanya biasa pukul berapa dia bangun so kita sama jadual je dengan dia.

Lepas je dia naik atas, haaa tak habis-habis kiteorang mengucapkan rasa syukur. Pahtu tak putus-putus rasa amazed dengan rumah dia!


Ruang tamu


Ada lif  dalam rumah sebab rumah ni tiga tingkat



Bilik ompompan ada tv dan fridge segala. Fridge stocked up air mineral & juices kay. Amek sajork buat lah macam rumah sendiri kuikui...


Ni dorang panggey dewaniyah. Khas kalau ada acara kekeluargaan depa guna ruang ni. For now zali le huntung leh golek dari hujung ke hujung. Jogging pun mampu. Main ting-ting apetah lagi. Hiks. 


Bilik air ialah besar dan well-decorated. Aku agak Hajah A hobi dia suka menghias rumah...


Agak susah nak lelapkan mata bila rasa masih tak percaya betapa bertuahnya kami dalam trip ni. Antara lelap tak lelap, kiteorang bangun untuk bersarapan pula...


Besar gila tak dapor dia? Sesuai sangatlah ada dua maid pun. Maid-maid depa yang sediakan breakfast. Time ni tuan rumah belum kelihatan, so kami makan dulu.


Breakfast arob style. Roti, cheese, timun. tomato dan olives. Minuman mesti teh. Takde kopi ye. Aku sengsara dalam diam tiga hari kat sanah !


Tapi aku suka style breakfast gini dan bila balik Malaysia aku adopt style gini. Gigih beli olives green & black sebab aku suka sangattt benda-benda masin nih. Oleskan cream cheese dan seimbangkan dengan madu..pehhh. Well balance taste in your mouth.

Makan sambil terpejam-pejam mata...tapi terbayang kopi hitam pekat. Arggh.

-bersambung