NANATRON GOES KUWAIT: Grand Mosque



                                                    Ayuh kita tour Grand Mosque nak?

Jom kita jenjalan down the memory lane yang agak dah kelam kelabu ni pasal Grand Mosque.

Terletak di tengah-tengah kota, Grand Mosque ni merupakan masjid rasmi & terbesar di Kuwait. Orang sini panggey masjid ni Al-Masjid Al-Kabir dengan total keluasan 490,000 kaki persegi. Grand Mosque ni terkenal dengan rekabentuk seni bina Islam dan menjadi salah satu mercu tanda Kuwait. Banyak usaha pembinaan & rekabentuk telah dicurahkan dalam mendirikan masjid ini sejak tahun 1979 lagi dan akhirnya siap selepas tujuh tahun di tahun 1986 dengan kos pembinaan kira-kira KD 14 juta. Masjid ni sangat popular time-time 10 hari terakhir Ramadhan di mana umat Islam mengadakan teraweh berjemaah pada 10 malam terakhir.


*wah gile informatif

Okay jom usha!

Kemasukan ke masjid ni percuma tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk sekadar tour. Sebelum masuk masjid, kami kena tinggalkan beg di balai pengawal dan jika korang ke sini, pastikan korang dapat number rak simpanan beg ye. Ada benda yang terjadi di akhir tour masjid ni. Nanti aku ceritakan....




Masuk di ruang menunggu. Kami kena tunggu tour guide sebab tak boleh jenjalan sesuka suki kat sini.


Sementara menunggu tu boleh amik refreshment yang free flow gitu. Aku dah duduk tersandar dah ni sebab mengantuk takleh nak cakap dah. Jetlag tak habis-habis!




Akhirnya muncul jugak tour guide ni memberikan penerangan pasal Grand Mosque. Tapi last-last dia lesap dikala kami asyik bergambar, dan Haji A ambil alih jadi guide !



Grand Mosque ialah contoh yang terbaik mempamerkan senibina Islam konvensional dan banyak dipengaruhi oleh senibina struktur Parsi.




Bila memasuki masjid ni, para pengunjung bakal terpesona dengan daun emas ini dan rona biru kemasan dalaman.






Kemasan siling ialah dari ukiran tangan menambah tekstur menarik, kemasan jubin geomatrik ala Andalusia menerangkan dalaman masjid dan ornamen kaligrafi memikat pandangan pengunjung


Dewan solat utama digunakan khas untuk jemaah lelaki dan boleh memuatkan sehingga 10 ribu orang. Ruang solat jemaah wanita adalah berasingan dimana ianya lebih kecil dari dewan solat utama dan hanya memuatkan 1 ribu orang sahaja.





Dewan solat terletak di tengah-tengah dan berukuran 236 kaki lebar pada setiapnya dan pencahayaan semulajadi datang daripada 144 tingkap dan 21 pintu kayu jati.




Kubah masjid pula ialah setinggi 141 kaki dan berdiameter 85 kaki. Terdapat empat lampu chandelier dipasang di setiap penjuru kubah.




Perincian teliti diberikan terhadap hiasan dalaman kubah ni yang dihiasi dengan Asma Ul Husna, 99 nama Tuhan seperti yang dijelaskan dalam Quran. Pengunjung dapat melihat ayat-ayat itu digubal menjadi bentuk geomatrik semakin ianya menaik mengelilingi kubah itu. Tulisan ini direka oleh Hamid Haddad, seorang kaligrafer yang penting di Timur Tengah.




Salah satu penjuru di Grand Mosque




Ini ialah bilik Amir. Bilik ni bersambung terus ke dewan solat utama dan digunakan dua kali setahun oleh Amir & para tetamunya. 


Ini rekabentuk siling bilik Amir yang diukir tangan adalah antara ciri menarik bilik ini.




Selesai tour dan bergambar dalam Grand Mosque, kami pun keluar kembali ke ruang menunggu pulang balik jubah...

Dalam pada tu, sempat sambar beberapa cenderamata seperti buku, poster, fridge magnet, poskad dan bag yang diberi percuma saja oleh pihak masjid !


Percuma je k. Masjid Negara ada tak buat ole-ole percuma macam ni? Hmm...


Lepastu kami ambil beg yang ditinggalkan kat balai pengawal. Aku bagi number aku dan dapat beg. Ada kawan yang bagi beg tapi tak dibagi number tau. So what happened is, kita nampak beg kawan tu dan kata kat pengawal tu beg kawan. Dia tanya budak sekerja dia pong pang pong pang disitu dan dengan muka senyum dia bagi beg tu pada kawan tadi. Haji A macam rasa something wrong agaknya dia suruh kawan check beg dia. Boom ! Duit hilang. Banyakkkk. Duit dinar & duit mesia skali dia sapu. Tapi kawan tu takmoh cerita kat Haji A time tu sebab dia taknak menyusahkan. Aku pun tanak tengok Pak Arab mengamok kat depan masjid. Huhu. Sampai rumah baru cerita, keciwa lah Haji A sebab dia kata dia bleh complaint kalau kawan tu cerita time kat masjid lagi. Dugaan bermusafir namanya....sugul je muka kawan tu


Kalau diperkarangan masjid pun orang mencuri, apa arti masjid ni pada iman kita. Iman terletak di bangunan atau di dalam diri kita?