FLORES KOMODO ADVENTURE: HARI EMPAT // KOMODO NATIONAL PARK // PINK BEACH // LABUAN BAJO



Hari ni kita sampai Komodo National Park !!
Tapi sebelum tu rewind balik di pagi hari tu..
Jap nak bagi amaran, ganba masham ahead ! Kot la korang tak larat tengok kiteorang yang baru bangun tidor ni...




Mas Abdul buat penkek pisang dan aku siap bancuh kopi

Muka memasing busuk gilaaaa...
That face when the coffee touches your soul in the morning. 

Kami diberitahu nak masuk Komodo National Park dan Rinca Island memasing ada entrance fees tersendiri. Harga foreigners mahal teruk berbanding locals. Disebabkan kiteorang ni menjaga badan dan menjaga bajet, so terpaksa pilih salah satu antara Komodo National Park atau Rinca.

Ni entrance fee untuk tahun ni:
Komodo National Park Fees 2017 for Cruising, Diving and Sailing Komodo
National Park Fee per day: 150.000 IDR/person (Sundays & Public Holidays 225.000 IDR/person).
Scuba Diving extra fee per day: 25.000 IDR/diver.
Snorkeling extra fee per day: 15.000 IDR/snorkeler.

Komodo National Park Fees 2017 for Excursion to Rinca Island (Komodo Dragons)
National park tax 2017 Komodo Island /Rinca Island: 50.000 IDR/person.
Trecking fee: 5.000 IDR/person.
Fee for Komodo Ranger/Guide: 80.000 IDR/group (max. 5 persons).


Jadi, kami #teammalaysia yang sejenis taik idung masin tentulah memilih Rinca sebab murah ! Dan ternyata pilihan kami tepat sebab #teamjakarta dan #teambandung lepas masuk Komodo National Park dan Rinca, feedback dorang ialah komodo kat National Park susah nak nampak berbanding kat Rinca.



Menuju ke Komodo Island


Sungguhpun #teamjakarta dan #teambandung dah masuk dalam, #teammalaysia pose2 depan entrance acah-acah dah masuk la. Kemon, orang kampung dah tertunggu pose komodo dari kiteorang woih..



Ada je yang tak masuk Komodo Park ni dan lepak-lepak kat luar macam kiteorang. So duduk-duduk lepak minum Pocari Sweat ni, sedap dowh time pepanas minum benda alah ni. Sesambil tu meeting #teammalaysia. Sebenarnya kiteorang kena decide, lepas Flores ni nak berjimba kat Lombok atau Gili sebab kiteorang ada buffer sehari dua nak berjimba tempat lain sebelum fly balik Malaysia. 


Selepas menimbangtara itinerary, ekonomi matawang malaysia, dan jugak ketidaktentuan flight balik sebab airport Lombok masih tutup akibat Rinjani mount ashes, kiteorang decided pegi Gili...
Tetibe time tengah lepak ni la, pepakcik dan rangers kecoh sebab ada komodo kat kawasan sekitar situ! Kiteorang eksaited la nak tengok mana komodo tu. Macam bergolek lak rezeki dapat tengok komodo walaupun tak dapat masuk...tapi rangers tu kata sepatutnya hewan ni jarang kenampakan sampai ke luar ni jadi dia tanya kiteorang ada sesapa ke datang bulan kat sini. Alamak, pucat muka gegurls semua..

Ya, komodo boleh menghidu bau darah sejauh 5KM dan boleh kena attack. Jadi para gadis yang datang bulan dinasihatkan tak turun ke Komodo Island. Tapi gegurls ni ada la sorang yang dah hujung-hujung bulannya so dia konfiden je turun. Kiteorang pandang sesama sendiri, adakah kita kena lari pecut naik kapal??? *pandang converse comot. Lepas rangers tengok-tengok komodo tu, dia kata maybe dia datang sebab nampak kancil kat sekitar situ. Fuh, lega kita..taktau la kalau kita dapat menyaingi kelajuan komodo bergerak yang berkadar 15kms/hr tu. Hewan tu nampak je berat tapi muscle kaki dia power...


Back on the ship, kita on the way to another island. Jijoy beramah mesra dengan #teamjakarta ewah. Jodoh ke kat sblah tu ? >.<


Kiteorang lepak kat bumbung kapal. Beramah mesra dengan sapetew? Rahsie!


"If you look around, you can find a face of God in each thing, because He is not hidden in a church, in a mosque or a synagogue, but everywhere..."



Sampai kat Pink Beach! Ni kiteorang mandi sakan kat sini...
Pulau ni memang lawa, in fact pulau-pulau kat Flores ni semua memuaskan hati..
Pasir putih, laut biru...

Kalini nak check pink ke idak pasir Pink Beach ni? Moh layan ganba.







Nampak sedikit pink disitu




Buat apetew.... ! hehe. Yang gigih berenang dengan life jaket serupa pelampong tu mesti si Lely haha! Adoi kelakar kalau diingat balik. Life jacket fail, snorkeling gear pun fail. Aku tak rasa anak kapal ni rajin cuci snorkeling gear bersih-bersih setiapkali turun pulau. Snorkeling gearnya pun tak la menten mana.  Aku pakai je jugak dan berdoa takde kena penyakit merepek. 



Aku dan Nisa daki naik bukit skit nak tengok view pulau...


Dan opkors memosing aksi wajib


Naik kapal, menjemur kan diri macam ikan masin. Takde mat saleh yang hilang akal macam kiteorang jemur diri macam ni tengahari terik ! 


Aku just nak menikmati setiap saat kat kapal ni sebab destinasi terakhir dah nak sampai, Labuan Bajo...

Petang tu kami turun kat Pelabuhan Bajo dan makan-makan. Malam tu naik semula kapal dan bermalam atas kapal. Esoknya acara terakhir, Rinca Island & Gili Laba!


Welcome Labuan Bajo 


 Jenjalan dan terjumpa Wisata Kuliner Kampung Ujung


Port makan fresh seafood

Tapi kiteorang plan nak layan sunset dulu. Tanya sekeliling dan orang local kata ada cafe kat atas bukit yang popular untuk view sunset.

#teamjakarta, #teambandung dan #teammalaysia berduyun-duyun mencari cafe yang dikatakan femes itu. Maaplah nama dah lupa!

Pendakian bukit agak melajukan degupan jantung...
Akhirnya jumpa cafe nya. Tak susah mana nak teka, sebab spot dia betul strategik ngadap laut..


Keji kan amik pic #teammalaysia je...haha




Sememangnya tempat ni femes. Siap ada rombongan orang kenamaan yeh datang sini dah siap reserve seat depan-depan sekali dengan iringan bodyguards.



Lepas je rombongan kenamaan tu blah, aku amik air minuman aku dan duduk situ...enjoying up the last bit of Bajo's orange sky




Okay duh! Lapar..
Balik dari cafe tu ngam-ngam la terjumpa balik Wisata Kuliner Kampung Ujung




Mee goreng dan sotong goreng tepung

Lepas order, ternampak lak cik ti berlari-lari hindustan kat gerai ni kan! Kita nak pujuk hati sendiri kita kata, alah makan nasik lemak antarabangsa kat Kg Baru tu lagi besau cik ti aku nampak. Takde sakit perut pun.
Bismillah~~~
Untuk yang kesekian kalinya berdoa aku tak kena penyakit merepek!


Penutup. Ternampak lak eskrem perisa bubur pulut itam. Emm! Dah la bubur pulut itam ni memang feverit kita. Pandai kan dorang mengolah sesuatu yang local kepada eskrem ?

Okay. Esok korang at last dapat tengok muka komodo kat sini. Ngeheh. Kambektumorow~ :P