Flores Komodo Adventure: Hari Tiga // Satonda // Moyo




Hari ketiga kita belayar menuju ke Pulau Satonda. Ianya sebuah pulau ada gunung berapi yang kecil dengan tasik air masin di tengah kawahnya. Pulau ni terletak di Laut Flores dan sebahagian dari Nangamiro, di daerah Dompu, dalam kabupaten Nusa Tenggara Barat.






Sebelum tu jom skodeng orang baru bangun dari tidor. Hehe. Syok weh tidor deck class sungguhpun harga sangat marhaen tapi aku rasa ni lagi better sebab terbuka. Anak kapal memang sediakan tilam dan blanket. Dok dalam kabin macam tertutup terpengap je rasanya...tapi yelah terpulang pada kemampuan dan kadar toleransi memasing. Alhamdulillah takde yang tidor dengkur bergegar Arasy.




Satonda dari kejauhan. Pantainya agak lengang dengan segaris kilauan pasir putih.


Dah nak sampai! Di sini bleh la kiteorang mandi pagi *towel bungkus rambut ikat tepi


Cuma sepelaung je perjalanan ke tasik kawah dengan mengikuti laluan konkrit dari jeti. 



Tadaaa! Tasik Kawah Teduhan Asmara Despacito ! 



"Ya, anda tahu bahawa saya telah melihat anda untuk seketika"



"Saya perlu menari dengan anda hari ini"



"Saya melihat, bahawa pandangan anda memanggil saya"



"Tunjukkan kepada saya cara saya pergi oh"



"Anda adalah magnet dan saya adalah logam"



"Saya semakin dekat dan saya membuat rancangan...

Perlahan-lahan~~"

*bentes kaki Justin Borgiba, tape mulut dia dan tolak dalam tasik kawah. Dah enko sudah jangan menyanyi lagi! Berapa juta dalam sehari lagu ni perlu menghantui radio kete aku?

Tips !
  • Bawak baju salin, tuala, dan apa-apa yang perlu kalau nak bermandi manda kat tasik air masin ni dan pantai Satonda.
  • Bawak snacks dan air sebab pulau ni jenis takde penduduk, takde kedai makan, dan kedai runcit.
  • Pakai baju dan kasut yang selesa kalau rasa nak jalan hingga ke tasik.
  • Sejenis Justin Borgiba akan ditolak ke dalam tasik tanpa amaran. 

Okay jom pergi ke pantai pula!



Seperti yang kita habaq, pantai nya agak lengang dengan segaris pasir yang memutih. Sudah tentu peluang mandi-manda jangan dilepaskan lagi pulak kalau belum mandi pagi *betulkan towel bungkus rambut.



Ada gazebo yang korang leh lepak-lepak.



Air laut nya serius tenang, hampir takde ombak! Eh dah terbang lak towel bungkus rambut tadi.


Alamak rindu pulak kita nak mandi laut. huks~



Mas Abdul, the captain kapal lepak-lepak tunggu kiteorang. Dia provide gak snorkeling equipments untuk sapa-sapa nak snorkel.


Tasik kawah tu kita tak berani la nak mandi. Tak terapung karang cemana?! 



Hello & bye Satonda!


Seterusnya kita ke Moyo...
Nak tengok air terjun bertingkek!

Hahaha tapi kita tak mampu la nak panjat-panjat ni. Takde kegigihan nak panjat semata nak tengok air terjun .


Emm panjat batu-batan cenni ni memang kita fail la. Silap langkah bleh cramp betis bunting padi kita. 

So pose-pose kat bawah je...tempat aku pose ni macam berkawah so ada takungan air. Tak berani nak sentuh air tu sebab macam tak flowing, tak pasal kang kena kencing tikuih. 


Makan kat atas kapal ni suma dimasak oleh anak kapal dan kaptennya. Tapi hari tu lunch sedih siot, sayur dan tempe jek! Nasib baik ada Bon Cabe dan ada orang bawak serunding daging, so agak cukup la pengambilan protein untuk perkembangan otot kaki akibat banyak naik turun tangga kapal. 


Petang tu macam biasa lepak-lepak kat deck luar. Port feverit memasing terdampar dihujung kapal. Nampak sekumpulan ikan melompat berenang dari laut. Dan nampak sunset ni. Penutup hari yang indah. Beautiful ending.