Flores Komodo Adventure: Hari Lima // Pulau Rinca


Kambektumorow jadi kambeknextuwik. Hahaha progress update tergendala sebab baby dalam perut ni macam-macam hal dia buat sampai mamanya dizzy, loya, heartburn segala sampai berdrama pula kat Hospital Putrajaya. Pergerakan baby makin over sampai sakit-sakit perut kita. Nanti laa dia bila keluar karang mama cubit peha gumuk dia tu...




Hari kelima di Flores. Ini lah hari yang ditunggu-tunggu sebab finally dapat jumpa komodo. Kami pilih Pulau Rinca sebab entrance fees lebih murah daripada Pulau Komodo.




Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pepatah ni tepat sangat sebab tak pernah aku tengok air setenang ni pada pagi itu walhal area ni memang habitat buaya.



Pulau Rinca juga dikenali sebagai Loh Buaya. Kedua-dua pulau :- Pulau Rinca dan Pulau Komodo memang menjadi habitat komodo hidup meliar tetapi kedua-dua nya ada perbezaan. Kalau di Pulau Komodo hutannya lebih banyak manakala Pulau Rinca lebih banyak padang savanna. Ada orang berpendapat kalau nak ganba cantik, pergi ke Pulau Rinca sebab padang savanna yang sangat luas berbukit bukau...
 

Dari segi cuaca, tentulah padang savanna di Pulau Rinca lagi panas dari hutan di Pulau Komodo maka orang berpendapat komodo di Pulau Rinca lebih ganas sebab cuaca yang makin panas membuat mereka agresif

Cuaca yang panas di Pulau Rinca pula menyebabkan haiwan buruan adalah sedikit, so komodo kat Pulau Rinca ni slim & lean belaka


Dan kes ranger diserang komodo pun lebih banyak di Pulau Rinca. Kayu yang bercabang dua tu je la senjata ranger untuk pertahanan diri dari komodo. Di sini memang dilarang senjata-senjata yang mendatangkan kecederaan apatah lagi membunuh komodo! Kayu yang bercabang dua tu fungsinya nanti bila komodo nak menyerang, enko tahan je leher atau tengkuk dia dengan kayu tu. 

Kalau nak tengok & berganba dengan komodo yang gemuk gebu nak berlari pun payah, sila lah ke Pulau Komodo !

Haiwan buruan yang terkorban di Rinca

Sebelum trek dimulakan kita diberi penerangan tentang tempat ni..

Pahtu sekor-sekor komodo datang. Dorang bau makanan yang dimasak pagi tu so reramai datang ingat ada kenduri nasik lemak agaknya..


Kurus-kurus belaka kan?

Kalau kurus, lari nya pun laju woi..


So sentiasalah berada di belakang abam ranger



Ni papa komodo dah datang, saiz agak besar sikit dari yang tadi-tadi. Dia datang dan berlagak dengan geng yang lain. Acah-acah abanglong kawasan. Tunggu gak kot ada aksi gaduh-gaduh "Engkau Alip dah kenyang makan mic dengan Si Pipah malam tadi kat karaoke, engkau duduk sana dendiam! Nasi lemak seperiuk ni aku punya!"



Bila kami nampak sekor-sekor datang ke rumah tu, kiteorang pun mula rasa paranoid dok tengok kiri-kanan kot2 terjengol lak komodo kat sebelah kita sambil tersengih menyeringai...haru woiii seram plak kakak..!


Kakak ni forever berani mati posing selfie dia. Nasib baik ada pakwe jagakan hiks


Lepas tu kita dibawak trekking sepanjang 5KM melalui padang savanna sambil-sambil melawat sarang komodo. Apsal aku nampak macam ketua rombongan ni...hahah 


Yup sarang komodo. Di sini lah komodo melindungi telur-telur yang dieram dalam sarang...


Time ni takde lak komodo. In fact sepanjang trekking ni maybe tak akan nampak komodo kot sebab depa pun ada akal tak kose nak jenjalan time panas macam ni. Huhu~

Macam ni lah padang savanna nya...

Terpongeh lohh...

Panas, kering, gersang...

Ketua rombongan tadi dah mempelajari cara mempertahankan diri daripada komodo. Hiyeaahh!


Bila dah sampai kat atas, kau akan rasa terpongeh-pongeh tadi tu berbaloi~!


Lautan Flores


Sejuk mata kita...~


Mata awak sejuk tak? Cia--cia--cihh~!


Magnificent !

Kontras


Perjalanan turun tak berapa nak terpongeh. Sebab menurun kan~


Musim kering di Pulau Rinca


Kerbau ni kami nampak dia dah tercedera sebab kena attack dengan komodo. It just within days dia akan slowly mati akibat racun gigitan komodo tu. Macam tu la modus operandi komodo - air liur beracun plus gigitan maut! Lepas tu kerbau tu bakal dikendurikan beramai-ramai sehingga tulang temulang je yang tinggal. Oh how sad you are counting days to die~!


                 #teammalaysia mencapai objektif trip -- beramah mesra dengan sang naga purba komodo, done!