Golden Triangle Thailand // Dari KL ke Chiang Mai




Trip ni terjadi lebih kurang bulan Mac tahun lepas. Flight nya awal pagi so macam biasa kita overnight kat airport malam sebelumnya. Kalini dapat port yang sedap skit, berlantaikan carpet dan belakang tiang! Haha, kelihatan ramai jugak yang overnight kat airport termasuk tiga gadis sblah kita tu tunggu flight pagi ke Brunei. 


Macam biasa jugak sebelum trip mesti dapat mimpi tertinggal barang dan kali ni betul-betul tertinggal benda penting gila --- henfon charger. Dah dapat mimpi pun masih cuai ! :/ Maka berasa resah lah 'pihak berwajib' sebab susah nak ngekoll kita...lols~



Sesampainya di Chiang Mai airport, terus beli tourist simkad DTac yang berharga 299 baht. 

Lepastu, terdetik hati nak beli selfie stick tapi ah, Jijoy kan ada sebagai fotografer tak berapa bertauliah! 

Then, CikLely nak withdraw duit sebab dia belom tukar duit lagi. Konfiden sungguh dia kan bab tak menukar duit tu! Rasanya ada maksalah nak withdraw kat ATM situ so lepas tukar simkad tu mencoba kat internet banking. Sambil tu kiteorang dah engaged teksi kat sorang amoi Thai ni untuk pegi ke bus station, but then kiteorang decided nak pegi ke mall yang terdekat untuk cari ATM dulu. Langsung la kansel teksi tu. Terus kena cemuh dengan amoi Thai tu. Cemuhan berbunyi "uuuiiiiiiiiii" --- ha macam ni la bunyi kejian tuh. Kena keji beberapa kali. Sila bayangkan dengan jelingan tajam dan eye-balling atas bawah atas bawah! Mesti dia geram sebab tunggu kiteorang lama-lama last-last teksi dikansel! Agar CikLely insaf selepas ni, sebelum travel tukar duit. Hiks. 

Inilah amoi yang mencemuh kiteorang tu. Huhu


Langsung amik songthaew je ke Mall

Reporting to Mr Z. Battery about to die. Please don't call me seribusatukali *balik kang kena tazkiroh


Central Plaza Mall

            Lepas habis urusan perbankan kaching kaching, poket dah terisi! Jenjalan dalam mall tu jadi rambang mata lak tengok food derang...
                  
Malaysians should learn a thing or two about food presentation from them lah...



Dan aku terjumpa salad bar yang best gila. Murah dan bermacam-macam variety veggie, nuts & fruits! Kita pengsan tengok banyak pilihan dressing dia ! Aku rasa kat Malaysia belom ada lagi salad bar camni, bukak sebiji camni agak-agak laku tak? Gegerai makan ni semua macam kat foodcourt je tapi menarik!

Behold the salad bar ---



Free tasting! Di dalam dilemma nak rasa dressing yang mana satu...


I really love this concept! Pilih-pilih mana berkenan & timbang...

Kita suka salad kita berkacang -- chick peas & kidney beans letak bebanyak! Oh tak lupa juga mesti berjagungggg~ Seriyes kat sini rambang mata nak letak apa! 

See how dia present the fruits sesiap in the cup. Pelanggan just pilih nak cup yang mana dan blend je....

Yezzaaa with passion fruit juice. Diet sihat seawal sampai di Chiang Mai ^ ^

Masih di sini ... lols

Ikan bilis crispy tu seriyes sedap 

Macam takley move on dari foodcourt ni 


Sesudah mentapau apa-apa yang patut sebagai bekalan perjalanan ke Pai, kiteorang pun bergerak menuju ke Arcade bus station

Arcade bus station

Sempat aje

Hmmm mana kaunternya ?


Aaa tudiaa~ Minivan ticket ke Pai. 

Dah dapat ticket. Harga dalam 150 baht

Dah dapat duduk...

Tapi kan seriyes trip Golden Trip ni baru aku paham arti mabuk darat. Perjalanan ke Pai ni ada rasa sikit pening lalat...balik pun sama macam tu! Mungkin sebab jalan yang berbukit bukau? 

Perjalanan lebih kurang 3 jam ni nasib baik ada berhenti untuk R&R. 

Ada la foodcourt tapi kita dah makan bekalan yang beli kat mall. Akak pose konon-tak-heran-foodcourt-ni-sebab-makan-salad-sihat hihi


Lepak minum kopi ais je sebab cuaca agak paneh. 


 Selepas 3 jam yang memualkan, tiba juga di Pai lewat petang ittew !

Jom join kiteorang jalan-jalan cari pasal di Pai~!