Golden Triangle Thailand // Pai : Day Two


Sayugia ingin mewarwarkan sekali lagi tour yang kami amik kat Pai ni:


Tour : sunset at Mae Yen temple, sunrise at Yun Lai, Karen long neck hilltribe, Pai treehouse, memorial bridge , Pai canyon, strawberry garden, coffee in love, chinese village --- 850 baht

Sunrise entrance --- 20 baht
Karen entrance --- 100 baht

Semalam dah pegi Mae Yen kan! So harini kita khatam yang selebihnya pula. Bangun awal gila semata nak kejar sunrise kat Yun Lai. Fikir seribu kali nak mandi ke tidak saat menjejak bilik ayor yang nauzubillah sejuk teramats! Akhirnya kita mandi P.Ramlee stail jek...kihihi


YUN LAI

Pertama kali dalam sejarah si Nanatron bangun awal nak mampos semata nak tengok sunrise. That's why kita lebey suka sunset dari sunrise sebab sunset tak memerlukan kegigihan sebegini rupa! Terkorban sejam dua beauty sleep.



Gerai teh dah dibuka seawal pagi



Macam-macam jenis teh dijual

Teko yang comey


For sale


Memasing dah tercongok tunggu sunrise. Aku tak paham motip tengok sunrise ni weyyy...nak balik tido!!

Segelas teh untuk menghilangkan mengantuk. Tak jalan ! Amik angin amik amik lepassss....warm me up please




Akhirnya muncul sunrise. Ofkors ganba ni lahar dan tak menunjukkan kebenaran sebenar! Kebenarannya ialah sunrise time tu lawa laaa tapi capture guna henfon memang lah jauh dari realiti


Hari dah mula terang dan memperlihatkan sekeliling yang cantik dikelilingi bunga-bungaan.


Derang suma gi ke bawah posing dalam bunga-bungaan tuh tapi ahkak tak mampu. Mengantuk + lapar + makan angin lagi bagus ? Hukss..

Tengah aku dok mengelamun, tiba-tiba ternampak satu sosok yang sangat familiar...
Sosok yang hensem & femes...pernah menjadi kegilaan kakak sejak zaman sekolah rendah wah enko sejak dari gadis sunti dah pandai menilai hensem / tak hensem kahkah!



Aidonbilivit! Aku gosok-gosok mata adakah ini mimpi? Cubit pipi sendiri dan Johnny Depp masih berteleku disitu memegang kamera DSLR

 
Pandai mamat ni guna kelebihan iras Johnny Depp dia cari duit sampingan ye. Ni semua berbayor tau. Motipppp seorang lanun berada di atas bukit ni kena chase dengan fans/orang kampung/one night stand? My brain too sleepy to digest this


Love rhymes with hideous car wreck -- kata hikmah The Blood Brothers


 Sunrise at Yun Lai - checked !


Dah dah la tu, jom turun cari sarapan !

En Kita bawak kiteorang ke pasar. I love pasar awal pagi sebab gerenti dapat makan fresh-fresh. Ada gerai muslim kat depan pasar yang jual bubur dan kuih muih.

Just nice lah sarapan bubur ikan dan kuih muih untuk pagi yang sejukmejuk ni

Bon Cabe tak dilupakan! Still membawak ke mana aja. Iya aku tegar menyintaimu Bon Cabe !

Pahtu kami mintak En Kita bawak kiteorang semula ke Pai Nai Fun...selekeh je ni tadi! Now nak mandi dengan harapan air bilir ayor tu dah hangat skit.


Sebelum tu lepak lagi tepi sungai. Best. Sejuk & syahdu bunyi arus sungai... ^ ^ Aku memang boleh berlama-lama kat sini tapi matahari dah meninggi dan akak dah berpeluh. Time for a shower~

Balik bilik, mandi, dress up persis Fazura barulah konfiden menghadapi cabaran mendatang! *ayor still sejuk dugaan betol la!


Pajoora dah ready & wangi. Let's! 




KAREN LONGNECK HILLTRIBE




Tempat ni bukan lah perkampungan original Karen hilltribe so sila keciwa dulu. Tempat ni setup semata untuk tourist. Layan je la eh~


Wanita Karen

Amik ati berganba dengan dia dulu sebelum nak try leher dia. Eh try gelang besi leher la.

Seorang rakan travel yang baik ialah sejenis pintar memakaikan perhiasan kaum Karen. 

Ketara leher ahkak tidak jinjang !! Tak ayu macam wanita Karen di sebelah. Nak tolong dia jualkan bebarang ni pun gerenti orang tak pandang. Lols...

Kansel hajat nak beli gelang besi leher tu sebab tak berapa menunjukkan potensi leher kita. Kahkah. Next up !



PAI TREEHOUSE

Kawasan sini memang luas dan direka untuk photo opps la. Selain tu ada cafe untuk relax. Layankan je la since photo opps banyak ofkors ganba-ganba seterusnya banyak muka yours truly. Belog sendiri apadahal kan? Kalau kat BBM haruslah enko dikeji kuikui...

Sedia? Pai Treehouse  ----













*Ni Jijoy punya angkara, dia suh aku gelak-gelak, aku pun gelak la. Dia snapped. Pahtu tunjuk aku. Nak kata aku gedik la tu. Cisss~


Penat senyum sana sini takda orang nak banjer kita air? Next up !


WWII MEMORIAL BRIDGE



Sejarah sebalik jambatan ni dari Wikipedia:

In 1943, the Japanese began several projects to create efficient troop and equipment transport routes between Thailand and Burma in support of their planned attacks on Imphal and Kohima. In addition to the well-known Death Railway through Kanchanaburi, one of these projects was the improvement of the existing road from Chiang Mai to Pai and the patchwork of trails on to Mae Hong Son. The method of crossing the Pai River about 10 km south-east of the City of Pai is not, at present, verifiable. A bridge at that site was erected after the war and erroneously named the "World War II Memorial Bridge". It was apparently erected (and subsequently twice extended) in the course of road improvement projects by the Thai government.


Bila datang sini harus lah berganba sebarang dua dengan bebudak hilltribe ni. Manja betul yang kanan tu, kidnap bawak Malaysia kang ~!


Jambatan antik yang bersejarah masa Perang Dunia Kedua

Next up!


PAI CANYON



Serene, scenic canyon with narrow, ledgy hiking trails that offer sweeping valley views - kata En. Google. Perasaan aku? Penat gila sebab bleh tahan la berjalan tu, then panas gila cayaq mekap Pajoora. Antara suggested activity kat sini ialah watch sunset katanya! Tapi kita tak dan lah nak tunggu situ berlama-lama. Lagi satu if korang berani mati nak berganba kat tebing narrow tu sila la berhati-hati. Aku tak berani so hanya posing kat tengah-tengah ja. Next up!


STRAWBERRY GARDEN

Seterusnya kita pergi ke organik strawberry farm. Tiba di sana jangan lupa try strawberry smoothie, memang cooling tatkala matahari memancar terik. Ni yang aku suka pasal Thailand, fresh juice memang senang didapati dan sedap!











COFFEE IN LOVE


Rupa-rupanya cafe Coffee In Love ni terkenal sebab cerita Pai In Love & Lost In Thailand so kebanyakan orang datang nak berganba dengan kawasan sekelilingnya yang sememangnya menyediakan banyak photo opps.




















Aku tak try kopinya sebab bila cuaca panas sangat, tak lalu plak nak minum kopi. Haha more to mencari fresh juice bila pepanas camnih. Next up !


CHINESE VILLAGE

Disebabkan dah ada dalam pakej, kita layankan aje lah eh. Pada aku tempat ni boleh skipped. Nothing much tapi kalau penggemar pork, ramai review kata restoren kat situ sedap lols! 
Pada aku, tempat ni dibina untuk tourist -- ada kedai makan, kedai souvenirs & tarikan sikit sana sini tapi berbayor lah yek. Macam medieval ferris wheel tu kalau nak naik ada bayaran. 














Kitorang habiskan cepat-cepat tempat terakhir ni dan balik ke Pai Nai Fun. Fun will start when saka shopping merasuk malam nanti kat Walking Street. Haha. By the way aku disapa sorang mat saleh ni dan sembang2. dia kata you tak pegi ke party malam tadi. Aku macam, emmm no kiteorang datang nak tengok nature je... So yeah, kaki party sekalian --- apparently Pai macam happening untuk berpartian. Aku tak sangka lak tempat nature macam ni pun boleh ada wild time. Hiks. 



Pada pendapat aku, tour yang aku amik ni banyak kepada photo opps la so kalau datang dengan kawan yang gila berganba or datang dengan pasangan pun okay sebab agak lomentik la dengan love-love, bunga-bungaan, cafe with views so boleh dating bertentang mata, lagi lagi pulak kalau penggila kopi kan !

Esoknya kami balik ke Chiang Mai dan bermula la agenda sebenar --- Golden Triangle Thailand !

Bagi ahkak main buai puas-puas dulu dan kita bersambung nanti ~~ Pajoora signing off