HOOREE! CUTI SEKOLAH : JJCM Melaka



Havana Oh Na Na..~
Half of my heart is in Havana Oh Na Na...~

See..? Havana dok panggey nama ai suh mai sana... > . <

Tapi ai mereput je kat KL, cuti skola ni jangan lah cuba-cuba nak travel hatta dalam mesia sekalipun. Jem nak mampos segala highway...

Kalau nak merayap jugak, food hunt lah orang kata....jom ke Melaka.



Mee Besen Ori Melaka

Time aku pegi 450 juta dahulu sampai lokasi asal pun dah lupa. Now dia dah berlokasi baru. Tapi tetaplah beratur panjang dengar khabarnya. Time tu tengah viral makan mee dalam besen beserta western dihidang dalam talam. Kitaorang pun gi la usha...

Ramaiiii yakmatss.Sampai disediakan kerusi untuk duduk-duduk dulu. Akhirnya ada table kosong yang ngamho untuk 3 orang. 



Air apa pun tak ingat. Yang aku ingat...manehnyaaa~!


Time tu kan trending minuman dengan topping eskremnya, wafer, marshmallow. Kita jangan ketinggalan!!

Dok attack eskrem dulu...

Sampai pun meenya, portion untuk 3 orang. Sedap !

Disusuli dengan western talam. Pehh..pun sedap !

Aku tak tau la macam mana kitorang bleh habiskan semua ni. Si dak tecik tu bukan makan sangat mee tu so end up kiteorang habiskan mee. Dak tecik lebih ke arah kebaratan...haha dia whack "mee putih" aka mee carbonara sampai licin!

Pada aku, sedap dan berbaloi la.Ni cerita 450 juta tahun lampau tau! Sekarang dia dah bukak lokasi baru harapnya lebih besar la sebab kedai original ni kecik doh, dah la enko viral...memang haruslah bukak kedai besor skit..

Lokasi baru:
Mee Besen Ori Melaka
No.17, Jalan PNDD 1,
Pusat Niaga Durian Daun,
75200 Melaka 



Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Asal nak makan asam pedas je ni la tempat terdekat nak pergi lepas menjongket kat Jonker Street. Sepelaung je weh ! Feverit aku hofkos asam pedas daging tetel. Kena pulak setnya tu datang dengan nasi putih, sayur kobis dan telor asin. Vavavaaa~!

Kalau anak tak makan asam pedas, dia ada je menu lain-lain. Go for it!

Lokasi: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka


Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyong

Untuk memuaskan selera peminat seafood, kat sini pun agak not bad. However kalau compare antara Sg Duyong atau Umbai, aku prefer lagi Umbai sebab kedai dia lagi besaq...lagi banyak pilihan...bukan saja seafood tapi ada rojak buah bagai...daaaan ambience dia lagi besh la. Ada laluan usha-usha hutan paya bakau. Dan ada live band performance Nanti aku jumpa gambaq aku tepek sini. Gambaq ni ialah from Ikan Bakar Duyong yeh!




Yang wajib-wajib harus ada kalau aku order seafood semestinya ikan bakar, sotong goreng tepung dan kepah masak halia!

Lokasi: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka


Big Nyonya Restoren


Kampung kat Melaka, saban tahun datang Melaka tapi tak pernah aku rasai masakan Nyonya.

Terfikir gak aku tetibe di satu pagi yang hening.

So google-google aku decided nak try makan sini.

Nyonya manis sudah mari



Disebabkan makan bertiga je dan si dak tecik tak dapat nak agak dia akan suka atau tak, so kiteorang order tak banyak mana lah....


Awal-awal dah menunjukkan tanda gusar...


Setting dalam kedai


Sambal Bendi, Sambal Udang Petai dan Ayam Pong Teh


Ikut kan aku yang simple ni, rasa macam sedap je. Mr Z macam kureng kat Ayam Pong Teh

Awas. Harga agak upscale skit. Jangan kata kakak tak habaqqq..~

Lokasi: No. 33 & 33A, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Malaysia.


Roti Canai Kayu Arang 

Alkisahnya suatu pagi tu mencarik sarapan. Tanya perut nak makan apa, takde berjawab. Tanya pakcik gugel, dia pun tunjuk kiteorang ke arah jalan kecik siap masuk kampung bagai nih! Di hujung kampung tu nampak la gerai roti canai ni yang sarat dengan pelanggan! Pehhh femesnya gerai ni walau dalam kampung? Rupanya gerai ni ekceli sebelah jalan besar je menghala ke Tesco Melaka tu. Ciss gugel bawak kiteorang jalan rare, jalan besar is too mainstream kot pada dia. 

Gila penuh gerai ni. Ni pun nasib baik dapat seat depan arang-arangan sampai bau pun melekat..

Saja la order mee kari dia. I loike!! Kuah pekat dan ada telur goreng. Siapa leh terpikir nak letak telur goreng kat mee kari wey! Tapi sebenarnya telur rebus dah habis so depa buat telur goreng lak. 

Roti canai lembut tapi garing. Noiceee~

Again singgah lagi, tapi kalini aku macam nak tobat pegi sana lagi dah. Sebab aku takde kesabaran sangat nak tunggu meja, tunggu roti canai, tunggu dan tunggu. I'm too beyootiful to be a penunggu. Wahkauuu! kahkah. Aku dah nampak masa depan roti canai aku mesti lambat so kita whack mee kari, kueh mueh (badewey keria gula melaka tu pun ada situ taw!) dan nasik lemak sambal kerang. Emmm melelehhh. Tapi dah tobat. Jangan godain aku dong. 


Lokasi: lot 459 kg bakar batu mukim, 75350 Bachang, Malacca


Baba Charlie Cafe

Ni kalau pepetang cari minum petang & kuih-muih bleh la singgah sini. Kuih-muih kat sini sejenis peranakan nyonya. Dia ada cafe tapi sebelum kuih sampai ke cafe, dia dah open je jualan kat rumah (i think laa rumah dia) kat sini. Pilihan kuih banyaaaaak sangat sampai rambang mata hitamku!




Macam-macam weh. Ni baru sikit je ada lagi kat area lagi satu

Termasuk lah ada nyonya pai tee yang memang kita gemari sangat!


Kat sini boleh la korang tengok dorang buat kuih-muih tu. Agak hectic la sebab depa nak mensiapkan jualan nak dibawa ke cafe


Sedap dan berasa semuanya. Cukup manisnya dari gula melaka, lemak santannya..terasa la dia punya authentic kenyonyaan tu.

Senyuman semanis kuih pulut tai tai

Lokasi: Baba Charlie Nyonya Cake
72, Jalan Tengkera Pantai 2C
75200 Melaka

Cendol Jonker Street

Cafe 88 Jonker Street tuari aku pegi dah macam kureng, so kiteorang cuba stall yang lagi satu. Nama tak ingat lah tapi kedai dia lagi depan dari Cafe 88 so tayah nak meredah crowd sangat...

Kalau bawak aku jalan sana, serta merta aku dapat recall. Banjer kita cendol la tapinya! Hiks..

Seriyes bes. Tak kedekut Gula Melaka



Ada lagi sebenarnya tempat lain yang kami JJCM...tapi nak korek ganba tu ya tohan malasnyaaaa....
Aku ada masalah mana nak store pictures beribu riban tu sebelum laptop aku crash. Laptop dah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Takkan semata-mata simpan kat Google Photo kan? Any idea bijak? Holla me!~


xoxo,
Nanatron